CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
"Whosoever treads a path seeking knowledge on it, Allah will make easy for him a path to paradise".[ Muslim:6853]...~Rabbi Zidni Ilmaan~..~Amiiin~

Friday 30 March 2012

Alhamdulillah~semoga kudapat mengucup haruman syurgawi_Mu

Alhamdulillah Ya Allah untuk nikmat usia yang telah Engkau pinjamkan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki dan kesihatan yang telah Engkau kurniakan dan akan Engkau  kurniakan kepada ku. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.  Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku... dan terlalu sedikit pengabdianku terhadap_Mu. Dalam usia begini... jadikanlah aku lebih dekat pada_Mu Ya Rahman dan menyambut panggilan kaabah _mu ya Maliiik. Dalam usia yang makin jauh ini...jadikanlah aku lebih merindui_Mu Ya Rahim.
 Ya Muhaimin... pimpinlah tangan hamba_Mu ini... pimpinlah hati hamba_Mu ini... pimpinlah langkah hamba_Mu ini  agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hamba_Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakim_Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
 Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada tali_Mu.Hidupkanlah aku dalam imaan dan matikanlah aku dalam imaan kepada _Mu Ya Allah.Ya Rahman Ya Rahiim ampunilah segala dosa2ku zahir dan batin. Ampunilah dosa2 ibu yang melahirkanku dan juga dosa2 ayahku, cucurilah rahmat_Mu kepada mereka berdua , kasihi dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan mengasihaniku sewaktu aku kecil dan masukkan aku dan orang tuaku ke dalam syurga_Mu dengan rahmat-MU.Terimalah permohonan hamba_Mu yang sedang bermusafir di bumi_Mu ini Ya Al Mudzill. Semoga kudapat  mengucup haruman syurgawi _Mu Ya Allah. Selawat dan salam kpd Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW  keluarga serta sahabat baginda. Amiiin ya Rabbul alaminn.

Sempena ulang tahun keputerianku.
Sabtu=8 Jamadil Awal 1433 = 31/03/2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...