kala bayu berbisik tentang hebat kasih_Mu
pada hati yang pudar warna
bagai daunan kering melayang-layang
arahnya entah di mana
pada bumi segalanya menghimpun
tentang duka
tentang luka
tentang noda
tentang dosa
genta kasih_Mu bergema
hatipun melakar warna
mutiara sendu gugurnya bertali-tali
membasahi sejadah insani
pasrah memiliki cinta kasih_Mu
sujud bagaikan tidak mahu berdiri
dalam tahajud melerai rindu
mencari cinta hakiki.
~ummu irfani~

No comments:
Post a Comment