katanya
kau taburlah segunung dinar
kau ungkaplah madah berahimu
kau tebarlah sayap kasihmu
kaupun tahu
aku tiada mata untuk memandang
aku tiada lidah untuk bicara
aku tiada rasa untuk mendamba
akan hangat cintamu
di alam wujud ini
kerana
lautan cinta kuselam
tepinya tiada
gelegak cintaku panas membara
dinginnya tiada
munajat cintaku
gemerlap cahaya ke langit tauhid
samarnya tiada
'Ya Rabbi
tenggelamkan aku dalam kecintaan_Mu
supaya tiada satupun yang dapat
memalingkan aku daripada_Mu'
~ ummu irfani ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment